Popular Post



Sejarah Masjid
Kampung Kubang Parit asalnya dibuka oleh beberapa keluarga. Kedudukannya dikelilingi oleh bendang dan alur. Dari situ penduduk asal bersepakat untuk membina masjid. Maka ianya dibina atas hasil sumbangan dalam bentuk rumah tradisional Terengganu. Bangunan kayu beratap bata senggora, sebuah kolah air tempat berwudhu dan sebuah perigi. Tapaknya terletak di atas sempadan dua lot tanah daripada dua pemilik tanah yang berlainan. Sebahagian  kecil daripadanya untuk tanah perkuburan dan sebahagian besar untuk tapak masjid. 


 Masjid Lama

Atas kemajuan dan pembangunan di kampung ini dengan pertambahan penduduk dan wujudnya beberapa taman perumahan dan institusi pendidikan maka masjid kayu ini tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah walaupun sudah beberapa kali dilakukan pengubahsuaian dan pembesaran masjid. 

Bagi keselesaaan dan keselamatan untuk jangka masa panjang, jawatankuasa ini telah memohon derma daripada orang ramai tetapi jumlahnya masih lagi tidak dapat menampung kos bahan binaan dan buruh yang semakin meningkat. 

Maka pihak jawatankuasa masjid telah memutuskan untuk memohon bangunan baru kepada pihak kerajaan melalui Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu iaitu 'Syeikh Harun Bin Syeikh Ismail'. Perkara ini mendapat kelulusan kerajaan dan turut mendapat kerjasama daripada Pegawai Perhubungan DUN Wakaf Mempelam selaku Ahli Majlis tindakan Daerah iaitu 'Haji Wan Mahyudin Bin Wan Ngah'. Ianya dibina oleh Jabatan Kerja Raya melalui kontraktor ‘Marang Engineering Sdn. Bhd.’ dan tempoh pembinaan memakan masa 3 tahun.

Sebelum bangunan ini siap, masjid sementara dibina atas tanah penduduk ‘Tuan Haji Wahab dan isterinya Puan Rozi Binti Long’. 


 MASJID SEMENTARA

Setelah ianya siap dibina dan dapat digunakan dengan selesa pada Ogos 2013, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu yang baru iaitu 'Dato’ Haji Rozali Bin Salleh' telah singgah dan bersembahyang di masjid ini.




 MASJID BARU

{ 1 comments ... read them below or add one }

  1. Hj Lan. Kg Durian Burung.August 14, 2024 at 3:24 PM

    Alhamdulillah, jumpa juga info tentang masjid ini. Terimakasih pada penulis.

    ReplyDelete

- Copyright © مسجد کوبڠ ڤاريت - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -